CONTOHTEKS
 

Isi Kandungan Surah An-Nasr Ayat 3

 

CONTOHTEKS.NET – Dilansir dari wikipedia, Surah An-Nasr (bahasa Arab:النصر) adalah surah ke-110 dalam al-Qur’an. Surah ini terdiri atas 3 ayat dan termasuk surah Madaniyah. An Nasr berarti “Pertolongan”, nama surah ini berkaitan dengan topik surah ini yakni janji bahwa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan.
Sejarah penurunan surah An-Nasr
Seluruh Ulama Tafsir bersepakat bahawa Surah An Nasr ini merupakan Surah Madaniyyah walaupun turun di Makkah iaitu pada saat Haji Wada. Dan ini menjadi dalil bahawa Surah Madaniyah tidak selalu turun di kota Madinah.
Imam Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir Al Qur’anul Azhim menurunkan suatu riwayat, tidaklah seorang Nabi diberikan umur dakwah separuh dari umur dakwah Nabi sebelumnya. Dakwah Nabi Isa berumur 40 tahun. Dan Rasullullah mempunyai umur dakwah sekitar 20 tahunan.
Surah An Nasr merupakan tanda-tanda datangnya ajal Rasul. Sehingga Fatimah menangis setelah mendengar khabar ini namun setelah itu tersenyum setelah Nabi memberikan khabar bahawa Fatimah akan segera menyusul Nabi. Sedangkan dari kalangan isteri Nabi yang paling cepat menyusul Nabi adalah Zainab binti Jahsyi kerana seorang yang dermawan
Isi Kandungan Surah An-Nasr
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Mensucikan Allah hendaknya dengan memuji-Nya atas nikmat-nikmat yang dianugerahkanNya dan mensyukuri segala kebaikan-kebaikan yang telah dilimpahkan-Nya.
Kemudian mintalah ampun kepada Allah untuk dirimu dan untuk sahabat-sahabatmu yang telah memperlihatkan kesedihan dan keputus-asaan kerana terlambat datangnya pertolongan Allah.
Bertaubat dari keluh- kesah adalah dengan mempercaya penuh akan janji-janji Allah dan dengan membersihkan jiwa dari pemikiran yang bukan-bukan bila menghadapi kesulitan.
Allah mendidik hamba-hamba-Nya melalui bermacam-macam cubaan dan bila merasa tidak sanggup menghadapinyaa harus memohon bantuan-Nya serta yakin akan datangnya bantuan itu.
Maksudnya, bila pertolongan telah tiba dan telah mencapai kemenangan serta manusia berbondong-bondong masuk Islam, hilanglah ketakutan dan hendaklah Nabi-Nya bertasbih menyucikan Tuhannya dan mensyukuri-Nya serta membersihkan jiwa dari pemikiran-pemikiran yang terjadi pada masa kesulitan. Dengan demikian keluh kesah dan rasa kecewa tidak lagi akan mempengaruhi jiwa orang-orang yang ikhlas selagi mereka memiliki keikhlasan dan berada dalam persesuaian kata dan cinta sama cinta.

BACA:  Apa yang Dimaksud dengan Mad Jaiz Munfasil

Artikel ini dikunjungi dengan topik . Baca juga artikel menarik lainnya .